KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kini tiba-tiba menyambut baik dan berbangga dengan kerjasama antara Proton Holdings dengan syarikat automotif China, Geely Holding. Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya mengimbas kembali kecaman Mahathir setahun lalu yang menuduh beliau dan kerajaan Barisan Nasional menjual maruah negara kepada China. “Ketika Proton menjual 49 peratus sahamnya kepada…










