Dua penyokong ditikam - Utusan Malaysia

Dua penyokong ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Ogos – Dua lelaki terpaksa dibawa ke hospital selepas ditikam ekoran keganasan yang dicetuskan oleh penyokong kedua-dua pasukan ketika aksi kelayakan Liga Europa di antara Rangers menentang kelab dari Croatia, Osijek di Glasgow.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial mendapati sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bertumbuk dan menyepak antara satu sama lain malah turut membaling botol, batu dan suar sebelum perlawanan dimulakan.

Dua mangsa tersebut masing-masing berusia 24 dan 40 tahun dibawa ke Hospital Universiti Queen Elizabeth dan mereka dilaporkan stabil.

“Tindakan ganas seperti ini tidak akan diberi toleransi dan sudah tentu sesiapa yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan kami, diminta tampil bagi memberi bantuan.

“Saya merayu kepada sesiapa yang berada di kawasan berhampiran dan menyaksikannya malah ada merakam aksi mereka diminta hubungi kami,” kata Detektif Inspektor, Steven Wallace.

Perlawanan tersebut berkesudahan seri 1-1 dengan Rangers layak ke pusingan ketiga kejohanan selepas menang 1-0 dalam aksi pertama pada minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN