PUTRAJAYA 6 Ogos – Dua pegawai kastam merupakan antara lima individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan satu kejadian rompakan dan melarikan barangan rampasan dadah di Pejabat Narkotik Jabatan Diraja Malaysia (JKDM) Jijan di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, Mahkamah Majistret Seremban telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap kelima-lima suspek yang juga terdiri daripada dua pengawal keselamatan dan…










