TAPAH 21 Ogos – Dua lelaki Orang Asli maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 12 meter di Batu 9, Jalan Pahang-Cameron Highlands di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi menyelamatkan mangsa dilakukan sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 petang. “Anggota yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa dari dalam kenderaan menggunakan peralatan khas ‘hydraulic cutter’ dan…