KOTA BHARU – Seorang buruh dan seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang penjual cincin dan meminta wang RM6,000. Tertuduh, Muhammad Azwa Mohd. Rusli, 26, dan Muhammad Maliki Kamaludin, 21, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mereka didakwa melarikan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah kafe di Jalan Sri Cemerlang, di sini, dengan…










