Dr. M, Azmin tidak tahu audio mirip suara Anwar - Utusan Malaysia

Dr. M, Azmin tidak tahu audio mirip suara Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, beliau tidak tahu menahu mengenai audio suara yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai orang suruhannya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, juga idak mendengar mengenai dakwaan tersebut yang tular melalui audio suara yang mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Jelasnya, beliau tidak masuk campur dalam hal ehwal PKR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Takdalah. Apalah saya tak tau, saya tak dengar, dia (Anwar) tak pernah kata pun.

“Apa yang saya dah buat? Pernah kamu melihat saya mengata perkara buruk mengenai Anwar atau Mohamed Azmin atau sesiapa? Itu parti mereka, saya tak campur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan Parlimen selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.

Dalam nada yang sama, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memberitahu, beliau tidak mengetahui berhubung tiga audio yang mirip suara Anwar itu.

“Saya belum dengar. Saya belum tengok. Saya tak tahu,” katanya ringkas.

Rakaman audio mirip suara Anwar yang didakwa mengkritik Mohamed Azmin dan Dr. Mahathir tular melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Rakaman suara tersebut antara lain menyebut: “Sebab itu I suruh Rafizi lawan Azmin sebab Azmin dah jadi barua pada Mahathir ni pasai apa?, dulu dia tuduh saya liwat…. dia jangan lupa apa jadi pada kes Forex dia RM30 bilion dan dia lantik diri dia jadi Pengerusi Khazanah… apa ni rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi.” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×