KUALA LUMPUR – Pertukaran serta-merta bekas Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad baru-baru ini adalah disebabkan kegagalan pegawai kanan itu dalam memerangi aktiviti perjudian di sekitar daerah tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengesahkan perkara itu turut membayangkan mungkin ada lagi pegawai lain dikenakan tindakan sama selepas ini.
Tegas beliau, setiap Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri perlu bertanggungjawab di atas setiap kegagalan dalam melaksanakan arahan yang diberikan.
“Saya telah berkali-kali mengeluarkan amaran kepada setiap Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri berhubung beberapa perkara termasuk membendung kegiatan perjudian haram di tempat mereka.
“Sekiranya ia gagal dipatuhi, tindakan tegas harus diambil.
“Mereka tidak terlibat dalam aktiviti tersebut, namun tetap perlu bertanggungjawab dari segi penugasan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab PDRM di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










