KUALA LUMPUR – Pertukaran serta-merta bekas Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad baru-baru ini adalah disebabkan kegagalan pegawai kanan itu dalam memerangi aktiviti perjudian di sekitar daerah tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengesahkan perkara itu turut membayangkan mungkin ada lagi pegawai lain dikenakan tindakan sama selepas ini. Tegas beliau, setiap Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri perlu bertanggungjawab di atas setiap kegagalan…










