Dinie & Khai di pentas Busking Bersama Buskers petang ini - Utusan Malaysia

Dinie & Khai di pentas Busking Bersama Buskers petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Jarang-jarang sekali segmen Busking Bersama Buskers yang dibawakan secara langsung dari Panggung Utusan, di sini menampikan busker jemputan yang hanya dianggotai oleh dua orang.

DINIE dan KHAI
DINIE dan KHAI

Hari ini, pada pukul 5 petang, para peminat segmen Busking Bersama Buskers akan dihiburkan oleh Dinie dan Khai atau nama sebenar mereka, Muhammad Dinie Abdul Rashid dan Khairil Azreen Jasni.

Dinie, 25, anak kelahiran Pulau Pinang bersama Khai, 24, yang berasal dari Meru, Klang, Selangor, akan menghiburkan peminat segmen yang dihoskan oleh Apak, dengan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Inggeris, I’m Yours.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dinie yang dipilih sebagai Icon Program Kau Sumber Inspirasi Ku, Persatuan Siswazah Wanita Malaysia sebenarnya pengidap penyakit molecular dystrophy yang menyebabkan saraf di bahagian matanya rosak dan kini, penglihatannya hanya 20 peratus sahaja.

Namun kecintaan Dinie terhadap bidang nyanyian tidak menghalangnya untuk melahirkan sebuah single berjudul Pemilik Segalanya, ciptaan Adi Six Sense dan single tersebut telah diangkat sebagai lagu runut bunyi (OST) beberapa drama berantaian yang disiarkan di televisyen.

Khai pula menghidap penyakit mata Glaucoma dan pernah melanjutkan pengajian di UiTM dalam bidang Sains Aktuari. Pernah mendapat Anugerah Dekan, perjalanan pengajiannya terhenti separuh jalan disebabkan oleh kecacatan mata kirinya.

Namun begitu, kedua-dua insan istimewa ini berjiwa besar dalam bidang seni. Ikuti segmen Busking Bersama Buskers, pukul 5 petang sehingga 6 petang ini bersama Dinie dan Khai dengan masuk ke Facebook Utusan Online dan like page. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×