SITIAWAN – Seorang pemilik kebun terkejut apabila menemui mayat dalam keadaan rentung di kawasan ladang kelapa sawit miliknya di Kampung Baru, Sitiawan dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mayat dengan kesan terbakar hampir pada seluruh badan itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi. Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat itu baru dibakar berdasarkan bahang pada badan. “Siasatan awal unit forensik juga mendapati…










