KUALA LUMPUR 1 Ogos – Dialog Polisi Gender akan diadakan bersama kerajaan Australia Disember ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertemuan dua hala bersama Menteri Luar Australia, Julie Bishop hari ini telah menghasilkan beberapa persetujuan dalam mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara. “Kami membincangkan banyak perkara hari ini termasuk bidang kerjasama yang akan dibuat pada masa hadapan. Antara perkara yang kami persetujui bersama adalah mengadakan Dialog Polisi Gender yang akan dibuat pada Disember ini,” ujar Dr. Wan Azizah menerusi twitternya hari ini.- UTUSAN ONLINE …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya