KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sebanyak 37,000 Jalur Gemilang diedar secara percuma kepada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan syarikat korporat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Amin Nordin Abd. Aziz berkata, agihan itu bertujuan menggalakkan orang ramai supaya memasang dan mengibarkan bendera bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan. “DBKL juga telah memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) dan lampu-lampu hiasan di sekitar…










