PUTRAJAYA – Seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk bersama enam orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan semua individu terbabit direman bermula hari ini hingga 1 September untuk membantu siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Terdahulu tujuh individu…










