LANGKAWI – Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negara dan bukannya mereka yang menyokong pemimpin yang memerintah semata-mata, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. Katanya, penganugerahan ini tidak seharusnya diberikan sewenang-wenangnya seperti yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. “Masa (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (menerajui pemerintahan) dulu semua orang dapat hadiah supaya sokong Najib. Kita (Kerajaan Pakatan Harapan) tak bagi…










