Daren tersingkir dalam kesakitan - Utusan Malaysia

Daren tersingkir dalam kesakitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Meskipun dihimpit kecederaan, namun perseorangan profesional negara Liew Daren yang tetap memberikan tentangan sengit sebelum tumpas kepada Kento Momota dari Jepun dalam aksi separuh akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China hari ini.

Daren yang bakal menjangkau usia 31 tahun itu pada Isnin ini tersingkir selepas dikalahkan pilihan keenam kejohanan tersebut dengan 21-16, 21-5 dalam tempoh 37 minit.

Kejayaan Momota tersebut membolehkan pemain di ranking No. 7 dunia itu mencatat satu kemenangan dalam pertemuan sulung di antara mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daren semalam mengakui dia bakal berdepan cabaran getir menentang Momota, terutama selepas di­timpa kecederaan di kaki kanan akibat terjatuh semasa beraksi menentang Kenta Tsune­yama dari Jepun di suku akhir.

“Sebenarnya, saya sudah merangka rancangan untuk meraih kemenangan dalam set pertama memandangkan kecergasan saya tidak pulih sepenuhnya ekoran aksi semalam. Malangnya, lawan lebih bagus.

“Dalam set kedua, saya semakin lemah dan kesakitan pada kecederaan kaki yang dialami semalam memang mengganggu persembahan hari ini,” katanya kepada pemberita.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, juara dua dua kali Chen Long dari China ditunjukkan jalan keluar oleh rakan senegara Shi Yuqi 11-21, 17-21 dalam tempoh 44 minit.

Kemenangan tersebut membolehkan pilihan ketiga, Shi Yuqi menokok kemenangan kedua ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 Chen Long sepanjang enam rekod pertemuan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×