Daren sedia tumbangkan Srikanth - Utusan Malaysia

Daren sedia tumbangkan Srikanth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN badminton per­­­ seorangan lelaki profesional, Liew Daren terus menggalas misi negara pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China apabila berjaya mara ke pusi­ngan ketiga semalam.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Nanjing itu, Daren mudah menyingkirkan pemain Israel, Misha Zilberman 21-16, 21-16.

Walaupun memerlukan tempoh 33 minit untuk menghantar pulang pemain Israel itu, namun bekas pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mengakui berdepan se­dikit tekanan pada aksi ter­babit.

“Kalau orang luar tengok perlawanan hari ini (sema­lam), mungkin mereka anggap saya sebagai pilihan tetapi sebenarnya, ia lebih sukar berbanding aksi pu­si­ngan pertama semalam (kelmarin).

“Saya terpaksa berikan lebih tumpuan hari ini (semalam) kerana tekanan agak besar berada di atas bahu saya. Bagaimanapun, saya puas hati dengan aksi ke­seluruhan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada pusingan pertama kelmarin, Daren melakar kejutan apabila menyingkirkan pilihan ke-13 dari Indonesia, Jonatan Christie 21-12, 21-16.

Tugas lebih sukar menanti Daren hari ini apabila bakal membuat perhitungan de­ngan pemain No. 6 dunia dari India, K. Srikanth, Daren sudah memiliki percaturan tersendiri.

“Secara jujur, perlawanan esok (hari ini) memang sukar kerana kita tahu kualiti Srikanth. Agak lega kerana tekanan bukannya berada pada saya, namun saya tetap berikan yang terbaik,” ujar­nya.

Pemain yang berada di ranking ke-38 dunia itu menjadi satu-satunya wakil negara dalam acara perseorangan lelaki selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menarik diri kerana masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN