KOTA KINABALU 29 Ogos – Mengelirukan, mengundang persepsi negatif dan bertujuan mendapat publisiti murahan daripada penonton. Demikian ditegaskan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berhubung dakwaan pelakon Hairul Azreen yang kononnya hampir diculik ketika penggambaran filem di perairan Sabah baru-baru ini. Beliau menegaskan, dakwaan berkenaan tidak berasas memandangkan lokasi penggambaran filem tersebut di pangkalan hadapan Tun Sharifah Roziah terletak dalam kawasan Zon Selamat Timur Sabah…










