Dakwaan Abdullah Sani tidak berasas - Utusan Malaysia

Dakwaan Abdullah Sani tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas berhubung komplot untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, bekas Ketua Pembangkang itu meminta Abdullah Sani yang merupakan calon Majlis Pimpinan Pusat PKR memperbetulkan kenyataannya sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

“Dah beritahu dia (Abdullah Sani) dah, biar dia selesaikan. Saya tak tahu sama ada dia dah tulis surat (pembetulan) atau belum tapi dah nasihatkan dia untuk membetulkan (kenyataan) kalau kenyataan itu memang tak betul.

“Saya beritahu memang tidak ada asas untuk kaitkan Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad). Saya dengan Tun M tidak ada masalah, saya dah nasihatkan untuk membuat pembetulan supaya tidak lebih teruk,” kata Anwar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdullah Sani mendakwa calonTimbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berpakat untuk menghalang pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan bukti campur tangan pihak tertentu yang didakwa cuba menghalang pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri turut ada pada Dr. Mahathir.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai kerjasama dengan Daim bagi menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Abdullah Sani berkata, isu cubaan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri hanyalah satu bentuk ingatan terhadap perjanjian yang dipersetujui PH mengenai perkara tersebut.

Katanya, beliau melihat tidak timbul perkara yang dibangkitkan itu boleh merosakkan partinya termasuk hubungan PKR dengan parti komponen dalam PH.

“Mengapa pula menjejaskan PKR. Saya bercakap mengenai perjanjian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai nasihat Anwar, Abdullah Sani berkata, beliau akan menjelaskan apa yang berlaku dan apa pendirian beliau dalam sidang akhbar esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN