KUALA LUMPUR 20 Ogos – Tun Daim Zainuddin akan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas beliau pulang daripada lawatan kerjanya di China bagi menentukan sama ada Majlis Penasihat Kerajaan akan dikekalkan fungsinya ataupun tidak. Meskipun Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan bahawa majlis tersebut akan dikekalkan selepas tempoh 100 hari, Daim yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata, perkara itu akan dibincangkan semula dengan Perdana Menteri. “Kita…










