COLORADO, Amerika Syarikat – Syarikat kasut jenama terkemuka dunia, Crocs mengumumkan mengenai penutupan dua kilang pengeluaran produk syarikat itu pada Rabu lalu, menurut portal MailOnline. Syarikat itu berkata, sebuah kilang di Mexico dan satu lagi di Itali terpaksa ditutup bagi mengehadkan pengeluaran kasut jenama itu di luar negara selain strategi meningkatkan semula keuntungan. Pengumuman langkah itu dibuat selepas Crocs bertindak menutup 28 daripada 558 butik kasut itu di seluruh dunia.…










