KUALA NERUS 30 Ogos – Kementerian Pendidikan akan terus berusaha mencari jalan meringankan beban guru agar dapat memberi fokus terhadap peranan utama mereka. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ini termasuklah ke arah menyediakan pembantu guru secukupnya kelak untuk mengambil tanggungjawab sebahagian daripada tugasan mereka kini. Katanya, adalah menjadi matlamat kementerian mewujudkan suasana kondusif di sekolah bagi guru dan pelajar. “Jangan merasa terbeban, proses pendidikan harus (dicorakkan) dalam suasana gembira, saling…










