JITRA – Seorang pengantin baharu yang merupakan pesakit kanser sarcoma atau kanser tisu hanya sempat bergelar isteri selama kira-kira 18 jam sebelum wanita itu meninggal dunia pada pagi kelmarin. Pengantin malang terbabit, Fatin Nursyahirah Yusuf, 24, dari Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman di sini bernikah dengan pasangannya, Muhammad Saiful Azzam Mohmed, 25, pada pukul 11 pagi hari Jumaat lalu sebelum dia kemudian menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Jitra pada pukul…










