BEIJING 25 Ogos – China hari ini menggelar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai `tidak bertanggungjawab’ ekoran tindakannya membatalkan kunjungan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo ke Korea Utara dan menuduh Beijing menghalang usaha pelucutan senjata Pyongyang. Jurucakap Menteri Luar China, Lu Kang berkata, kenyataan AS adalah bertentangan dengan fakta dan tidak bertanggungjawab. “Kami amat mengambil berat tentang hal ini. Semua pihak yang terlibat sepatutnya menunjukkan keikhlasan dan fleksibiliti bukannya…