LONDON – Kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di Stamford Bridge pada aksi Liga Perdana England (EPL) kelmarin masih belum cukup untuk menjadikan Chelsea sebagai pencabar kejuaraan musim ini. Pengurus The Blues, Maurizio Sarri menegaskan, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki oleh barisan pemainnya, terutamanya dari segi pertahanan jika mahu dianggap sebagai pasukan pencabar. Pada perlawanan itu, Chelsea dilihat lebih banyak menguasai perlawanan biarpun dikatakan masih belum serasi sepenuhnya dengan corak permainan…










