SHAH ALAM 3 Ogos – Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mengambil kesempatan pada hari terakhir kempennya untuk beramah mesra bersama penduduk setempat dengan mengadakan bacaan Yassin dan solat sunat hajat berjemaah. Beliau yang tiba kira-kira pukul 7 petang tadi sempat bermesra bersama hampir 50 orang jemaah Surau Nurul Hidayah di Teluk Menegun sebelum menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah di surau…










