PALEMBANG 20 Ogos – Pengenalan sistem kiraan mata baharu dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 akan memberikan lebih cabaran kepada pemain boling di Pusat Boling Jakabaring, menurut Shalin Zulkifli. Shalin, antara pemain boling paling cemerlang dalam Sukan Asia, berkata sistem kiraan mata frame, digunakan buat julung kali dalam acara utama beraneka sukan atau multi-sport, akan menjadikan persaingan tidak dapat diramalkan. Acara boling bermula Rabu ini. Pemain berusia 40 tahun itu yang…










