KUALA LUMPUR 21 Ogos – Larangan penggunaan alat muzik drum dan alat siar raya oleh ‘buskers’ sememangnya satu peraturan yang telah dimaklumkan melalui notis peringatan pada awal bulan ini. Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia, Wady Hamdan berkata, penggunaan drum sememangnya tidak dibenarkan dan telah diberi peringatan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). “Perkara ini menjadi isu besar kerana mereka (DBKL) bukannya tidak beri peringatan, namun ada segelintir buskers tetap berdegil…