impian sering hadir berpakaian indah kerana segalanya dicipta
untuk disangkut di ampaian kemanisan
aku biasa berbusana impian
yang sering kurenyukkan
dalam bakul harapan
aku sering merenjis doa
pada kedutan angan
yang kugosokkan dengan
seterika penawar
berbusana impian adalah
percaturan
menanti hari esok adalah
penantian
menunggu matahari bersinar adalah keputusan
AHMAD FIRDAUS
Tanjung Malim, Perak










