KOTA BELUD – Kejadian ribut kira-kira 10 minit yang melanda di daerah ini menyebabkan bumbung bangunan sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kota Belud di sini ranap hari ini. Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun bumbung pada aras tingkat tiga bangunan berkenaan rosak. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Maimunah Suhaibul mengesahkan kejadian berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud telah diarahkan ke…










