Bumbung blok bangunan SK Pekan Kota Belud diterbangkan ribut - Utusan Malaysia

Bumbung blok bangunan SK Pekan Kota Belud diterbangkan ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 4 Ogos – Bumbung satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud, kira-kira 73 kilometer dari sini, hampir keseluruhannya diterbangkan angin ribut dalam kejadian tengah hari semalam.

sk kota belud
 

Bagaimanapun, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, masa persekolahan telahpun tamat dan semua murid meninggalkan kelas masing-masing.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Maimunah Suhaibul ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan kejadian itu.

Maimunah berkata tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu tidak menempatkan bilik darjah dan bangunan berkenaan masih boleh digunakan untuk sesi pembelajaran pada Isnin ini.

sk kota belud
 


Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan ketika dihubungi Bernama berkata tingkat paling atas blok bangunan yang terjejas itu menempatkan Pusat Sumber dan Bilik Akses Sekolah. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN