KOTA KINABALU 4 Ogos – Bumbung satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud, kira-kira 73 kilometer dari sini, hampir keseluruhannya diterbangkan angin ribut dalam kejadian tengah hari semalam. Bagaimanapun, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, masa persekolahan telahpun tamat dan semua murid meninggalkan kelas masing-masing. Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Maimunah Suhaibul ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan kejadian itu. Maimunah berkata tingkat paling atas bangunan…










