SHAH ALAM – Seorang budak lelaki tidak sempat untuk menghadiri kelas tuisyen apabila dia maut selepas terjatuh dari balkoni di bahagian belakang rumahnya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dekat sini kelmarin. Mohd. Badrul Amin Abdul Rahman, 11, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam selepas terjatuh kira-kira pukul 7.10 malam. Bapa mangsa, Abdul Rahman Sallehuddin, 51, berkata, sebelum kejadian Mohd. Badrul yang juga murid Tahun 5 sempat bertanya siapa yang akan menghantarnya ke kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan (SK) TUDM Subang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya