KUCHING – Sepasang suami isteri direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu yang melibatkan nilai sebanyak RM600,000 pada 2016. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Pasangan suami isteri masing-masing berusia 53 dan 47 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak pada pukul 3 petang semalam. Kedua-dua suspek ditahan SPRM kerana disyaki mempunyai kaitan dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000 membabitkan Biro Tatanegara (BTN)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya