KUALA LUMPUR 4 Ogos – Selepas putus cinta dengan Chloe Moretz, anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal, David Beckham dan Victoria iaitu Brooklyn Beckham tidak sukar untuk menemui teman wanita baharu.
Antara ramai gadis cantik yang mendampinginya, model dan bintang Youtube, Lexy Panterra, dikatakan berjaya memikat hati jejaka berusia 19 tahun itu.
Ketika sedang hangat dilamun cinta, pasangan tersebut tidak menyembunyikannya dan terbuka mempamerkan kemesraan di khalayak umum.
Bagaimanapun, cinta yang terjalin selama dua bulan itu khabarnya sudah berakhir. Ia dikatakan berpunca daripada jarak dan kesibukan kerja mereka berdua. Beckham perlu banyak berada di New York dan England manakala Panterra sering berada di Los Angeles.
Kini, muncul pula gosip menyatakan bekas pelajar jurusan fotografi di salah sebuah universiti di New York ini sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis cantik, Abi Manzoni. Menurut laporan Splash, mereka dilihat berlibur bersama dan ditemani Jack Ramsay iaitu anak kepada cef selebriti terkenal, Gordon Ramsay. – UTUSAN ONLINE










