MENGGADAI nyawa untuk menyelamatkan seorang individu yang berputus asa untuk hidup. Itu antara tanggungjawab Pasukan A Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Kuala Lumpur walaupun tidak diberi latihan khusus untuk melakukan tugas tersebut yang berlaku hampir setiap bulan. Walaupun ada segelintir mempersoal tindakan bomba membahayakan diri bagi menyelamatkan nyawa orang yang cuba membunuh diri, namun semua itu tidak mematahkan semangat dalam menjalankan tugas menyelamat. Penyelia Pasukan A BBP Pudu, Pegawai…










