FRANKFURT 26 Ogos – Pasukan pemusnah bom Jerman hari ini berjaya mematikan bom Perang Dunia Kedua yang tidak meletup dalam proses menyaksikan sebanyak 18,500 penduduk di bandar Ludwigshafen dipindahkan buat sementara. Bom seberat 500 kilogram itu dipercayai digugurkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan ditemukan semasa kerja-kerja pembinaan minggu ini. “Berita baik: bom sudah dimatikan! Penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,” tulis bandar Ludwigshafen dalam akaun Twitter mereka. – AFP