KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh Malaysia bagi 2018 kepada 5.0 peratus daripada 5.5 hingga 6.0 peratus yang dijangkakan sebelum ini berikutan gangguan pengeluaran minyak dan gas yang berlanjutan serta kekangan pengeluaran sektor pertanian. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus, bagaimanapun berkata, pertumbuhan itu akan disokong oleh sentimen perniagaan, pengguna serta perbelanjaan pengguna yang kukuh berikutan kelepasan cukai…










