AWANG menghargai penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berhubung isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Beliau juga memohon maaf dan mengaku terkhilaf berhubung jawapan berkaitan isu tandas awam dan saf solat golongan itu. Semoga penjelasan itu dapat diterima. Pada masa yang sama, semua pihak terutama menteri Kabinet perlu lebih berhati-hati ketika membuat kenyataan. Sebagai orang baharu, tindak tanduk dan kata-kata mereka sentiasa…










