KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kerajaan-kerajaan negeri digesa tidak sewenang-wenangnya meluluskan projek pembangunan khususnya membabitkan unit kediaman dan komersial berstatus lot bumiputera tanpa mengambil kira aspek harga yang bakal ditawarkan. Perkara itu, jelas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan, adalah bagi mengelakkan isu lambakan unit kediaman dan komersial berstatus lot bumiputera yang gagal dijual dalam tempoh 10 tahun di Kedah daripada berulang. Lebih membimbangkan, kata Shahril Suffian, antara langkah…










