KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kerajaan bercadang untuk mengurangkan bilangan hari cabutan khas untuk semua syarikat nombor ramalan seperti Sport Toto, Magnum, Damacai, Malaysia Pool, Sarawak Turf Club, Sandakan Turf Club dan The Rewind Corporation, tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dasar baharu ini akan diumumkan dalam perbentangan Bajet 2019 yang dijangka berlangsung pada 2 November ini. Katanya, cabutan khas diluluskan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cabutan biasa…










