SEKUMPULAN budak lelaki dan perempuan berusia sekitar antara tujuh hingga 12 tahun dilihat berkumpul di satu kawasan tanah lapang berhadapan dengan sebuah sekolah. Mereka yang lengkap berpakaian sukan itu kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh seorang lelaki yang merupakan guru mereka. Biarpun cuaca pada hari itu terasa sangat dingin, budak-budak itu tetap bersemangat untuk menjalani sesi latihan seperti biasa tanpa sebarang alasan. Begitulah rutin harian yang dilalui oleh mereka yang…










