KUALA LUMPUR – Impak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 hanya boleh dilihat selepas dua tahun pelaksanaannya. Pengerusi Kumpulan Axelasia Inc Dr Veerinderjeet Singh berkata penilaian tahunan perlu dilakukan, seperti yang dilakukan setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. “Tempoh masa dua tahun akan memberikan kita idea mengenai apa yang silap dan apa yang boleh ditambah baik, sama ada hasil yang diperoleh memenuhi tahap yang dijangkakan atau merosot kurang daripada…










