Berhemah, jangan melatah dalam hadapi syiah - Tengku Abdullah - Utusan Malaysia

Berhemah, jangan melatah dalam hadapi syiah – Tengku Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak menggunakan pendekatan berhemah serta tidak melatah dalam menghadapi penyebaran ajaran syiah.

Titah baginda walaupun ajaran syiah berbeza dengan Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, isu itu perlu ditangani tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

“Kita yang mengamalkan ajaran Sunah Wal Jamaah perlu memberi contoh dan kesedaran kepada mereka yang mengamalkan syiah selain mereka juga perlu memahami kehendak majoriti umat Islam di sini. 

“Saya berharap kita jangan bertelagah, jangan cepat melatah dan tidak cepat menghakimi. Kita beri contoh yang baik supaya mereka yang berbeza ini dapat sehaluan,” titah baginda. 

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN