ALOR SETAR 15 Ogos – Dalam usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat setempat, seorang pesawah di sini tidak kisah untuk berbelanja lebih RM500 semata-mata mahu memasang 200 Jalur Gemilang menghiasi kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Simpang Empat di sini. Mohd. Salleh Md. Lazim, 47, berkata, tindakan tersebut dilakukan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi berkongsi semangat patriotik serta cintakan tanah air di samping menghargai jasa pejuang terdahulu yang…










