Bekas ADUN Chuping meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Chuping meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 4 Ogos – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Mansor Jusoh, 65, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur, petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang yang disebabkan pelbagai komplikasi penyakit yang dialaminya sebelum ini.

Jenazah Allahyarhan dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Cikgu Ali, Guar Nangka di sini, untuk dikebumikan esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Allahyarham menjadi ADUN Chuping selama dua penggal bermula 2004 hingga 2013 selain pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Semasa perkhidmatan, Allahyarham dekat dengan masyarakat setempat yang diwakilinya selain disenangi dengan sikap dan perwatakannya yang sederhana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini