Bekalan kambing, lembu mencukupi - Salahuddin - Utusan Malaysia

Bekalan kambing, lembu mencukupi – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan kambing dan lembu bagi sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini mencukupi walaupun bekalan import dari Australia dihentikan sementara.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, memang sudah menjadi dasar kerajaan Australia untuk menghentikan eksport ke negara Islam menjelang sambutan berkenaan.

“Itu dasar mereka dan kita telah mengambil langkah awal bagi memastikan bekalan mencukupi di negara ini.

“Sebagai langkah persediaan, kita akan mengimport sehingga 40,000 ekor kambing dan lembu majoritinya dari Thailand untuk raya haji ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Salahuddin turut memaklumkan setakat ini bekalan lembu dan kambing yang berada dalam negara bagi perayaan Aidiladha tahun ini lebih 50,000 ekor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN