PADA saat ini, hatinya tertutup rapat untuk bercinta. Dia sudah tawar hati dalam bab yang satu itu. Semuanya terjadi gara-gara hati kecilnya itu dihiris luka yang dalam dek berdepan episod kekecewaan sebelum ini. Benar, komitmen dalam alam percintaan ini banyak menuntut kesabaran. Persediaan mental juga diperlukan bagi mengelakkan masalah salah faham. Lagipun, perlu diingatkan bahawa alam percintaan bukan selama-lamanya manis bak gula. Ada waktunya pahit bak hempedu angkara sikap pasangan…










