JOHOR BAHRU – Penantian seorang nelayan Malaysia untuk pulang ke tanah air selepas 15 bulan ditahan di Penjara Pangkalan Penguat Kuasa Laut, Lanal Terempa di Kepulauan Riau, Indonesia akhirnya menjadi kenyataan apabila dia tiba di Jeti Stulang, Johor kelmarin. Kamaruzaman Awi, 47, dari Dungun, Terengganu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia atas kesalahan menceroboh perairan negara itu pada April tahun lalu. Dia merupakan antara enam nelayan yang ditahan pihak berkuasa…










