PETALING JAYA 20 Ogos – Seorang bapa yang dipercayai menetak anak kandungnya berusia lima tahun menggunakan parang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak tersebut di sebuah flat di Puchong, minggu lalu. Mohd. Faih Rifin, 35, yang beralamat di Kampung Alor Bakat, Melor, Kelantan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh…










