BACHOK – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang hilang dari rumahnya di Kampung Hujung Repek di sini sejak lebih tiga bulan lalu dan disyaki dilarikan oleh seorang lelaki, kini dipercayai berada di selatan Thailand. Bapa remaja terbabit, Mohd Samuddin Mat Salleh, 50, berkata Mirsya Saffiyah yang hilang dari rumah pada 26 April lepas, ada menghubunginya pada 25 Julai lalu menggunakan nombor telefon negara jiran tersebut. “Panggilan itu sekejap sahaja…










